Powered By Blogger

Sunday, 16 November 2014

BUKIT GAMBANG WATER PARK


Pada minggu ni kami akan membuat review tentang Bukit Gambang Water Park yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dibangunkan oleh Sentoria Group Bhd. (Sentoria) dengan perbelanjaan sebanyak RM 48 juta. Di Bukit Gambang ni kita boleh pilih 3 tempat yang menarik yang kita boleh kunjungi antaranya Bukit Gambang Safari Park, Bukit Gambang Extreme Park dan Bukit Gambang Water Park. Untuk entri kali ni kami nak cerita tentang Bukit Gambang Water Park sahaja. Taman tema air ini dibuka pada tahun 2009 dan merupakan taman tema air yang pertama di pantai timur.

Tiket Kemasukan                                                                                  
Dewasa (13-59 tahun) = RM 28.00
Kanak-kanak (90cm-12 tahun) = RM 20.00
Kanak-kanak bawah 90cm masuk adalah PERCUMA.

Warga Emas = RM 20.00 


Apa yang menarik di Taman Tema Air Bukit Gambang

    1  Water Park Enterance - Safari Park Ticket Counter, Wave Park Ticket Counter dan Gift Shop.

  • 2.      Coco Beach – Dekat sini ada Coco Pizza & Rental Area, Wave Pool & Lagoon, dan Coco Beach Kiosk.
    3.      Penguin Island – Penguin Express, Kids Slide, Adult Leisure Pool, Aqua Play, Journey of Ice- Glacier River.
    4.      Tree Top Hill Slides – Dekat sini ada Coco Station, Tube Counter, 6 Lanes Racer, Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide, Family Raft Ride dan Family Raft Kiosk.
    5.      Corporate Function Area – Telemacth Pool, Garden Terrace, Surau dan Lake View Terrace. 




Kemudahan yang Disediakan

  1.  Surau – Terdapat dua buah surau yang disediakan taman tema air ini iaitu terletak didalam taman tema air dan di luar kawasan taman air iaitu berhampiran dengan kaunter tiket.
  2. Tandas – Tandas yang selesa dan mencukupi iaitu terdapat didalam dan di luar kawasan taman tema air.
  3. Peralatan yang boleh disewa seperti cabana, pelampung, loker dan lain-lain

SUMBER RUJUKAN





Snogurt

Hai.. Assalamualaikum. ya kita berjumpa lagi, seperti minggu-minggu lepas, minggu ini kami akan menceritakan mengenai suatu produk yang telah ada dipasaran dan sudah semestinya anda mengenalinya, jika belum mengenali produk ini,di sini ada beberapa penetahuan yang ingin kami berkongsi bersama. pernah dengar Snogurt? penah ? tidak?



peniagaan ini ditubukan kurang dari 5 tahun, dan lokasi pernubuhannya yang pertama ialah di Klang, Selangor. sehingga kini snogurt mempunyai lebih dari 10 outlet di seluruh Malaysia. snogurt ini boleh diketogorikan sebagai makanan/ pencuci mulut sejuk beku.

seperti aiskrim lain, snogurt juga mempunyai beberapa perisa yang sudah tentu dapat menewan hati anda untuk mencubanya. antaranya ialah : 1) just snogurt 2) screaming Apple 3) Dewvy Melon 4) Fuzzy Kiwi 5) Shy Lychee 6) Wild Berries 7) Manggo Passion 8) Mandrino Tart 9) Pineapple Delight 10) Butter Cookie dan sebagainya. untuk topping juga ada beberapa jenis iaitu Nata Decoco ,Tropical Fruits,Mix Fruits,Strawberry Coating Juice Balls,Passion Fruit Coating Juice Balls,Mango,Coating Juice Balls,Green Tea Jelly,Color Jelly.





seperti produk lain, snogurt juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. antaranya ialah:

1) Froyo sihat
-kalori yang paling rendah, yang baru dibuat setiap hari, 99% lemak bebas, penuh dengan kalsium
2) lebih sedap
-penyelidikan rasa mahal, paling pelbagai rasa semula jadi rasa
3) lebih rasa.
-16 perisa atas, 25 topping atas, jumlah kebebasan pilihan untuk mewujudkan Froyo anda sendiri



seperti biasalah, snogurt nie jugak ada kelemahan yang tersendiri. kelemahan ni boleh diperbaiki. antara kelemahan dan kekurangan snogurt ialah :
1) harganya lebih kurang atau sama dengan harga Tutti Fruiti. malahan ianya lebih mahal dari tuti fruiti. padahal kita sedia maklum tuti fruiti sudah dikenali ramai. oleh itu, snogurt haruslah meletakkan harga yang lebih murah untuk menarik lebih ramai orang mengunjunginya
2) staff kurang mesra. jika ditinjau ke outlet-outlet snogurt, staff yang ada di outlet ini kurang mesra. contohnya tidak memberi layanan yang sewajarnya. kuarang berpengetahuan mengenai produk snogurt terutama dari segi perisa yang ada. 




rujukan : http://snogurt.com/index.html
               http://www.snogurt.com/business.html






Monday, 3 November 2014

FIREFLY



Pada minggu ini kami akan menceritakan serba sedikit berkaitan syarikat penerbangan Malaysia iaitu FireFly . Firefly Sdn Bhd, beroperasi sebagai Firefly, merupakan adalah perkhidmatan penuh pusat penerbangan ke sesuatu pusat penerbangan yang lain. Syarikat penerbangan ini adalahsalah sebuah anak syarikat penuh Malaysia Airlines. Ibu pejabatnya terletak di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor. Firefly adalah salah satu syarikat penerbangan komuniti pertama di Malaysia. Firefly beroperasi dari dua pusat - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Penerbangan pertama syarikat penerbangan itu adalah pada tanggal 3 April 2007, dari Pulau Pinang ke Kota Bharu. Walaupun Firefly adalah 100% dimiliki oleh Malaysia Airlines, ia mempunyai pengurusan yang berasingan. Firefly memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura .

Ciri- ciri Penerbangan Firefly

Tangkas
Diterjemahkan sebagai suatu tindakan yang terkoordinasi dengan baik, cepat, aktif dan nampak, inilah ciri-ciri utama yang ingin mereka praktikan di dalam pengurusab syarikat ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan kelajuan pengurusan dan mengurangkan pergerakan di dalam urusan perniagaan. Mereka juga memastikan menyediakan perkhidmatan yang prokatif  untuk memastikan kesejahteraan penumpang mereka.

Teratur
Mereka akan memastikan mereka boleh menawarkan perkhidmatan yang teratur . Oleh itu bagi memastikan perkara ini berlaku mereka telah  merancang, mengarah, mengatur dan menjalankan usaha mereka untuk mewujudkan syarikat penerbangan komuniti yang  terbaik.

Menarik
Mereka akan menyediakan perkhidmatan yang mampu memberi daya tarikan yang memukau para pelanggan supaya kekel menggunakan perkhidmatan mereka pada masa akan datang.

Mudah
Sebagai organisasi muda yang semakin meningkat, mereka membuat satu titik untuk menyelaraskan matlamat  dengan sikap yang betul. Mereka mengamalkan persekitaran kerja optimis untuk menghasilkan idea-idea baru dengan bahan tersebut.

Kelebihan Firefly
1)      Minuman Percuma
Syarikat ini menyediakan minuman yang percuma kepada para pelanggan mereka sepanjang perjalanan. Bagi pelanggan yang ingin makanan ringan perlu membuat pembelian tambahan.

2)      Kemudahan Tempat Tinggal
Jarak yang singkat antara Bandar ke lapangan terbang. Hal ini memudahkan para pelanggan yang jauh mudah untuk mendapatkan kemudahan seperti hotel sebagai ruang rehat sementara. Ia juga mudah untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam.

Kekurangan Firefly

1)      Keselesaan Ruang
Saiz kapal terbang ini adalah kurang selesa jika di bandingkan dengan kapal terbang yang lain. Hal ini akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada para pelanggan.





LEGOLAND MALAYSIA


Pada minggu ini kami nak buat review tentang Legoland Malaysia. Taman Tema Legoland Malaysia merupakan taman Lego yang pertama di Asia dan taman tema Antarabangsa pertama di Malaysia. Lokasi taman tema ini terletak di kawasan Nusajaya, Iskandar Malaysia di Johor. Kawasan yang meliputi keluasan seluas 70 ekar ini menjadi idaman kepada kita untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan termasuk Main Thema Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifesyle Mall dan macam-macam lagi.

Banyak bangunan yang menarik yang dibina menggunakan permainan lego yang dapat dilihat ditaman tema ini seperti KLCC, KLIA, Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Johor Bharu, Bandar Singapura dan pelbagai lagi bangunan yang cantik di negara lain yang juga dibina menggunakan permainan lego ini.

Tiket untuk masuk ke taman tema ini ialah :-
•Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
•Pas masuk tahunan:
•Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
•Dewasa: RM195
•Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
•Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
•Dewasa: RM275
•Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

 KEMUDAHAN DAN TARIKAN
Antara kemudahan yang disediakan di taman tema itu ialah restoran, surau dan tempat letak kenderaan.
Tiga permainan menarik dikhususkan buat kanak-kanak berumur di bawah 11 tahun iaitu City Fire Academy, Driving School dan Boating School. Bagaimanapun permainan itu masih memerlukan pengawasan dewasa. Di 'City Fire Academy', empat pemain diperlukan iaitu kanak-kanak dan dua dewasa yang akan berlawan dengan keluarga lain untuk memadamkan api menggunakan jentera bomba lego.
'Driving School' pula memberi peluang kanak-kanak memandu kereta mini lego yang memerlukan mereka mematuhi arahan lalu-lintas serta peraturan disediakan.
Setelah tamat permainan, mereka akan diberikan lesen yang membolehkan mereka bermain di situ setiap kali melawat Legoland, manakala di 'Boating School' pula kanak-kanak dibenarkan mengemudi bot kecil sambil ditemani seorang dewasa.
RASAI KELAINAN DI LEGOLAND
Di 'Miniland' pula, pengunjung dihidangkan dengan perspektif berbeza kerana mereka akan merasakan diri seolah-olah seperti gergasi yang berjalan di tengah-tengah bandar raya mini. Di situ ditempatkan model bangunan mini yang menjadi mercu tanda negara dan Asia antaranya Menara Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taj Mahal, Angkor Wat dan Menara Kembar Petronas (KLCC) setinggi hampir 10 meter yang menjadi struktur bangunan lego tertinggi pernah dibina di Legoland.



Satu lagi tarikan di Legoland Malaysia ialah permainan roller coaster dipanggil Dragon Coaster yang akan membawa pengunjung memasuki Istana Lego di Lego Kingdom dan merasai pengalaman di bilik penyiksaan, ruang makan diraja dan melihat khazanah berharga yang dijaga seekor naga

Di bahagian 'Imagination' pula kanak-kanak boleh meningkatkan kreativiti mereka dengan cuba mencipta pelbagai benda yang terlintas di fikiran menggunakan lego yang disediakan dan terdapat sebuah menara tinjau berketinggian 50 meter bagi membolehkan pengunjung melihat pemandangan keseluruhan taman tema itu.


Thursday, 16 October 2014

RESTORAN MELETOP




Restoran in terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Restoran ini menggunakan konsep tradisional. Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung. Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai. Lokasinya di Pusat Kraf, Perkampungan Budaya Terachi memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja boleh menikmati hidangan, malah mempelajari dan menghalusi kesenian dan keunikan kraf tangan penduduk yang dipamerkan. Produk kraf tangan ini dijual bersama produk industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang diusahakan penduduk setempat bagi memenuhi permintaan pelancong. Menjejakkan kaki ke restoran ini bukan sekadar untuk destinasi menjamu selera, malahan pada setiap malam minggu pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak. Difahamkan, persembahan bongai merupakan persembahan tradisi yang dianggotai oleh masyarakat setempat yang berusia lebih 70 tahun. Ia masih lagi tidak mempunyai pelapis meskipun anak-anak muda tempatan sedar bahawa persembahan bongai ini akan pupus apabila datuk dan nenek mereka kembali kepada ilahi Bongai, satu-satunya persembahan tradisi yang boleh didapati di Kampung Terachi ini. Ia gabungan alunan biola, nyanyian dan tarian yang mempunyai keunikan tersendiri. Pemiliknya, Shuhaimi Sidek, 47, berkata, Restoran Warisan menampilkan kelainan berbanding restoran sedia ada di negara ini melalui gaya persembahan iaitu bukan sekadar daripada segi keenakan makanan, tetapi aspek nilai budaya cuba diketengahkan.
Memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 lalu ia juga lokasi sesuai untuk mengadakan hari keluarga, jamuan korporat, hari jadi dan majlis perkahwinan memandangkan keluasan restoran ini mampu memuatkan lebih 400 orang pelanggan pada satu-satu masa. Biarpun restoran ini berada di ceruk kampung, tetapi lokasinya mampu menjadi tumpuan kerana kemudahan yang banyak dan selesa selain keunikan budaya yang ditonjolkan. Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke Restoran Warisan. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam. Antara menu menjadi pilihan pengunjung ialah rendang, daging dan ikan keli salai, masak tempoyak dan tomyam, selain masak tempoyak daun kayu, udang galah, asam pedas, stim atau kukus halia ikan dan ketam. 












Wednesday, 15 October 2014

THE CARNIVAL WATER THEME PARK

Pintu Masuk
Di negeri Kedah terdapat satu taman tema air yang terletak di kawasan Sungai Petani dan ia dikenali sebagai The Carnival Water Theme park. Taman tema ini diurus tadbir oleh syarikat EUPE 
Corporation yang telah membuka taman tema ini pada 28/04/2011

The Carnival, sebuah taman tema yang berkonsep air, terletak hanya 20 km dari Padang Serai, SungaiPetani, Kedah. Taman ini sebenarnya terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort,
Sungai Petani Kedah. Selain itu harga tiket yang ditawarkan amatlah berpatutan iaitu bagi dewasa
RM 25 dan bagi kanak-kanak RM 19. Waktu operasi adalah isnin sehingga jumaat/ 10am-7pm dan pada sabtu dan ahad waktu operasi adalah pukul 10am-8pm.


Peta
Seterusnya dengan keluasan 7 hektar, The Carnival telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 
Water of Excitement, Land of Excitement dan Water and Land Excitement yang menawarkan 
pelbagai permainan yang berasaskan air iaitu seperti :
1. Water Coaster
2. Wild River
3. Carnival Curves
4. River of adventures
5. Wave Cove
6. Discovery Island
7. Jungle Playground
8. Kiddies Cove
9. Bubble Bay
10. The Sand Pit
11. Famly Bungee
12. Sports Park
13. Groups Garden

Disamping itu, The Carnival juga menitikberatkan keselamatan pengguna dengan menempatkan 
lifeguard di setiap kawasan tumpuan pelancong. Pelancong juga tidak perlu menyewa pelampung
seperti taman tema air yang lain dan ianya percuma. Selain itu terdapat juga perkidmatan Hot Water Spa, rock climbing dan paint ball.

Seterusnya pihak The Carnival turut menyediakan kemudahan kepada para pelanggan seperti gerai-gerai makanan,tempat menyalin pakaian yang selesa, surau dan sebagainya.
Namun begitu terdapat juga kelemahan pada taman tema ini, sepertinya kedudukan yang kurang
strategik iaitu terlalu jauh daripada laluan utama. Kelemahan kedua adalah kurangnya promosi di
lakukan dan ini membuatkan taman tema ini kurang di kenali.


Water Coaster

River of Adventure

Water Hot Spa


Rock Climbing
Sumber Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Sungai_Petani
http://www.spy.my/kedah/Carnivall-Water-Park.html

Saturday, 27 September 2014

Hotel Idaman




Hotel Perdana  Kota Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blogger . Pada minggu ini ahli kumpulan kami ingin menceritakan salah satu produk hospitaliti yang mampu memberi tarikan kepada penghujung yang cintakan keindahan dekorasi dalaman. Kami telah memilih Hotel Perdana iaitu terletak di tengah bandar Kota Baharu. Kedudukan yang strategik membuatkan ramai penghujung berminat untuk menginap di hotel tersebut. Hotel ini terletak di hadapan Stadium Muhammad IV dan berdekatan dengan pusat membeli belah yang tersohor dalam kalangan masyarakat Kelantan. Hotel ini telah beroperasi hampir setahun dan bertaraf lima bintang. Hotel ini berkonsepkan syariah sepenuhnya. Hotel mewah yang memfokuskan konsep moden kontemporari itu menawarkan 227 bilik yang terbahagi kepada Executive Wing dan Classic Wing. Memasuki sahaja lobi Hotel Perdana, pasti pelanggan akan rasa kagum dengan hiasan dalaman yang senada dengan kekemasan warna kuning yang menjadi warna utama. Biarpun pemilihan perabot yang ringkas tetapi moden namun penggunaan hiasan tambahan mampu membangkitkan kemewahan hotel berkenaan. Melangkah ke setiap tingkat Hotel Perdana, pelanggan pasti setuju bahawa hotel berkenaan umpama galeri lukisan kerana setiap sudut menghiasi hasil tangan insan-insan seni tempatan. Hotel Perdana turut menawarkan hidangan makanan Cina dan Thai di Jade Restaurant serta makanan fusion dan Mediterranean di Eleven Restaurant. Menariknya di Eleven Restaurant pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan seluruh Kota Bharu yang cukup mendamaikan pada waktu malam. Walau bagaimana pun terdapat juga segelintir kakitangan hotel tidak memberi layan yang baik.


Antara pakej bilik yang disediakan :




terdapat juga kemudahan seperti ini : 



cafe


bilik mesyuarat yang kondusif

Oleh itu tidak rugi sekiranya pelancong yang datang ke Kelantan sekirannya tidak menginap di Hotel Perdana. Pasti akan memberi kepuasan yang maksimum.


sumber rujukan :