Restoran in
terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Restoran ini menggunakan
konsep tradisional. Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi
di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh
di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan
suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap
pengunjung. Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban, Restoran Warisan
mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri
Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai. Lokasinya di Pusat Kraf,
Perkampungan Budaya Terachi memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja
boleh menikmati hidangan, malah mempelajari dan menghalusi kesenian dan
keunikan kraf tangan penduduk yang dipamerkan. Produk kraf tangan ini dijual
bersama produk industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang diusahakan penduduk
setempat bagi memenuhi permintaan pelancong. Menjejakkan kaki ke restoran ini
bukan sekadar untuk destinasi menjamu selera, malahan pada setiap malam minggu
pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti
bongai, caklempong dan joget lambak. Difahamkan, persembahan bongai merupakan
persembahan tradisi yang dianggotai oleh masyarakat setempat yang berusia lebih
70 tahun. Ia masih lagi tidak mempunyai pelapis meskipun anak-anak muda tempatan
sedar bahawa persembahan bongai ini akan pupus apabila datuk dan nenek mereka
kembali kepada ilahi Bongai, satu-satunya persembahan tradisi yang boleh
didapati di Kampung Terachi ini. Ia gabungan alunan biola, nyanyian dan tarian
yang mempunyai keunikan tersendiri. Pemiliknya, Shuhaimi Sidek, 47, berkata,
Restoran Warisan menampilkan kelainan berbanding restoran sedia ada di negara
ini melalui gaya persembahan iaitu bukan sekadar daripada segi keenakan
makanan, tetapi aspek nilai budaya cuba diketengahkan.
Memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 lalu ia juga lokasi sesuai untuk mengadakan hari keluarga, jamuan korporat, hari jadi dan majlis perkahwinan memandangkan keluasan restoran ini mampu memuatkan lebih 400 orang pelanggan pada satu-satu masa. Biarpun restoran ini berada di ceruk kampung, tetapi lokasinya mampu menjadi tumpuan kerana kemudahan yang banyak dan selesa selain keunikan budaya yang ditonjolkan. Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke Restoran Warisan. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam. Antara menu menjadi pilihan pengunjung ialah rendang, daging dan ikan keli salai, masak tempoyak dan tomyam, selain masak tempoyak daun kayu, udang galah, asam pedas, stim atau kukus halia ikan dan ketam.

No comments:
Post a Comment