Powered By Blogger

Monday, 3 November 2014

LEGOLAND MALAYSIA


Pada minggu ini kami nak buat review tentang Legoland Malaysia. Taman Tema Legoland Malaysia merupakan taman Lego yang pertama di Asia dan taman tema Antarabangsa pertama di Malaysia. Lokasi taman tema ini terletak di kawasan Nusajaya, Iskandar Malaysia di Johor. Kawasan yang meliputi keluasan seluas 70 ekar ini menjadi idaman kepada kita untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan dan tarikan termasuk Main Thema Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifesyle Mall dan macam-macam lagi.

Banyak bangunan yang menarik yang dibina menggunakan permainan lego yang dapat dilihat ditaman tema ini seperti KLCC, KLIA, Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Johor Bharu, Bandar Singapura dan pelbagai lagi bangunan yang cantik di negara lain yang juga dibina menggunakan permainan lego ini.

Tiket untuk masuk ke taman tema ini ialah :-
•Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau,
•Pas masuk tahunan:
•Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
•Dewasa: RM195
•Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
•Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
•Dewasa: RM275
•Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

 KEMUDAHAN DAN TARIKAN
Antara kemudahan yang disediakan di taman tema itu ialah restoran, surau dan tempat letak kenderaan.
Tiga permainan menarik dikhususkan buat kanak-kanak berumur di bawah 11 tahun iaitu City Fire Academy, Driving School dan Boating School. Bagaimanapun permainan itu masih memerlukan pengawasan dewasa. Di 'City Fire Academy', empat pemain diperlukan iaitu kanak-kanak dan dua dewasa yang akan berlawan dengan keluarga lain untuk memadamkan api menggunakan jentera bomba lego.
'Driving School' pula memberi peluang kanak-kanak memandu kereta mini lego yang memerlukan mereka mematuhi arahan lalu-lintas serta peraturan disediakan.
Setelah tamat permainan, mereka akan diberikan lesen yang membolehkan mereka bermain di situ setiap kali melawat Legoland, manakala di 'Boating School' pula kanak-kanak dibenarkan mengemudi bot kecil sambil ditemani seorang dewasa.
RASAI KELAINAN DI LEGOLAND
Di 'Miniland' pula, pengunjung dihidangkan dengan perspektif berbeza kerana mereka akan merasakan diri seolah-olah seperti gergasi yang berjalan di tengah-tengah bandar raya mini. Di situ ditempatkan model bangunan mini yang menjadi mercu tanda negara dan Asia antaranya Menara Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taj Mahal, Angkor Wat dan Menara Kembar Petronas (KLCC) setinggi hampir 10 meter yang menjadi struktur bangunan lego tertinggi pernah dibina di Legoland.



Satu lagi tarikan di Legoland Malaysia ialah permainan roller coaster dipanggil Dragon Coaster yang akan membawa pengunjung memasuki Istana Lego di Lego Kingdom dan merasai pengalaman di bilik penyiksaan, ruang makan diraja dan melihat khazanah berharga yang dijaga seekor naga

Di bahagian 'Imagination' pula kanak-kanak boleh meningkatkan kreativiti mereka dengan cuba mencipta pelbagai benda yang terlintas di fikiran menggunakan lego yang disediakan dan terdapat sebuah menara tinjau berketinggian 50 meter bagi membolehkan pengunjung melihat pemandangan keseluruhan taman tema itu.


No comments:

Post a Comment