Pada minggu ini kami akan menceritakan serba sedikit
berkaitan syarikat penerbangan Malaysia iaitu FireFly . Firefly Sdn Bhd,
beroperasi sebagai Firefly, merupakan adalah perkhidmatan penuh pusat
penerbangan ke sesuatu pusat penerbangan yang lain. Syarikat penerbangan ini
adalahsalah sebuah anak syarikat penuh Malaysia Airlines. Ibu pejabatnya
terletak di kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.
Firefly adalah salah satu syarikat penerbangan komuniti pertama di Malaysia. Firefly
beroperasi dari dua pusat - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang,
Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Penerbangan pertama
syarikat penerbangan itu adalah pada tanggal 3 April 2007, dari Pulau Pinang ke
Kota Bharu. Walaupun Firefly adalah 100% dimiliki oleh Malaysia Airlines, ia
mempunyai pengurusan yang berasingan. Firefly memberi tumpuan kepada memberi
khidmat kepada Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura .
Ciri- ciri
Penerbangan Firefly
Tangkas
Diterjemahkan sebagai suatu tindakan yang terkoordinasi dengan
baik, cepat, aktif dan nampak, inilah ciri-ciri utama yang ingin mereka
praktikan di dalam pengurusab syarikat ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan kelajuan
pengurusan dan mengurangkan pergerakan di dalam urusan perniagaan. Mereka juga
memastikan menyediakan perkhidmatan yang prokatif untuk memastikan kesejahteraan penumpang
mereka.
Teratur
Mereka akan memastikan mereka boleh menawarkan perkhidmatan
yang teratur . Oleh itu bagi memastikan perkara ini berlaku mereka telah merancang, mengarah, mengatur dan menjalankan
usaha mereka untuk mewujudkan syarikat penerbangan komuniti yang terbaik.
Menarik
Mereka akan menyediakan perkhidmatan yang mampu memberi daya
tarikan yang memukau para pelanggan supaya kekel menggunakan perkhidmatan
mereka pada masa akan datang.
Mudah
Sebagai organisasi muda yang semakin meningkat, mereka
membuat satu titik untuk menyelaraskan matlamat
dengan sikap yang betul. Mereka mengamalkan persekitaran kerja optimis
untuk menghasilkan idea-idea baru dengan bahan tersebut.
Kelebihan Firefly
1)
Minuman Percuma
Syarikat ini menyediakan minuman yang
percuma kepada para pelanggan mereka sepanjang perjalanan. Bagi pelanggan yang
ingin makanan ringan perlu membuat pembelian tambahan.
2)
Kemudahan Tempat Tinggal
Jarak yang singkat antara Bandar ke lapangan
terbang. Hal ini memudahkan para pelanggan yang jauh mudah untuk mendapatkan
kemudahan seperti hotel sebagai ruang rehat sementara. Ia juga mudah untuk
mendapatkan kemudahan pengangkutan awam.
Kekurangan Firefly
1)
Keselesaan Ruang
Saiz kapal terbang ini adalah kurang selesa
jika di bandingkan dengan kapal terbang yang lain. Hal ini akan menimbulkan
rasa kurang selesa kepada para pelanggan.
No comments:
Post a Comment