Powered By Blogger

Saturday, 27 September 2014

Hotel Idaman




Hotel Perdana  Kota Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blogger . Pada minggu ini ahli kumpulan kami ingin menceritakan salah satu produk hospitaliti yang mampu memberi tarikan kepada penghujung yang cintakan keindahan dekorasi dalaman. Kami telah memilih Hotel Perdana iaitu terletak di tengah bandar Kota Baharu. Kedudukan yang strategik membuatkan ramai penghujung berminat untuk menginap di hotel tersebut. Hotel ini terletak di hadapan Stadium Muhammad IV dan berdekatan dengan pusat membeli belah yang tersohor dalam kalangan masyarakat Kelantan. Hotel ini telah beroperasi hampir setahun dan bertaraf lima bintang. Hotel ini berkonsepkan syariah sepenuhnya. Hotel mewah yang memfokuskan konsep moden kontemporari itu menawarkan 227 bilik yang terbahagi kepada Executive Wing dan Classic Wing. Memasuki sahaja lobi Hotel Perdana, pasti pelanggan akan rasa kagum dengan hiasan dalaman yang senada dengan kekemasan warna kuning yang menjadi warna utama. Biarpun pemilihan perabot yang ringkas tetapi moden namun penggunaan hiasan tambahan mampu membangkitkan kemewahan hotel berkenaan. Melangkah ke setiap tingkat Hotel Perdana, pelanggan pasti setuju bahawa hotel berkenaan umpama galeri lukisan kerana setiap sudut menghiasi hasil tangan insan-insan seni tempatan. Hotel Perdana turut menawarkan hidangan makanan Cina dan Thai di Jade Restaurant serta makanan fusion dan Mediterranean di Eleven Restaurant. Menariknya di Eleven Restaurant pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan seluruh Kota Bharu yang cukup mendamaikan pada waktu malam. Walau bagaimana pun terdapat juga segelintir kakitangan hotel tidak memberi layan yang baik.


Antara pakej bilik yang disediakan :




terdapat juga kemudahan seperti ini : 



cafe


bilik mesyuarat yang kondusif

Oleh itu tidak rugi sekiranya pelancong yang datang ke Kelantan sekirannya tidak menginap di Hotel Perdana. Pasti akan memberi kepuasan yang maksimum.


sumber rujukan :



No comments:

Post a Comment