Powered By Blogger

Saturday, 27 September 2014

Restoran Pilihan

Nama restoran: Restoran Wau
Alamat : PT. 119, Tingkat Bawah, Seksyen 9, Jalan Tnjung Semerak, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh mula beroperasi : 2010
Pemilik dan pengusaha : Norhazita Abd Hamid dan dikongsi bersama                                                                suaminya , Mohd. Zaidee Hassan.  

Restoran Wau menarik perhatian pelanggannya melalui persekitaran restoran yang kondusif dan selesa . Suasana yang tenang , nyaman dan berhawa dingin ditambah tempat duduk nya yang selesa dan empuk .
Lokasi premis perniagaan yang strategik, dikelilingi bangunan kerajaan dan sektor korporat antara kelebihan Restoran Wau.
Sudut Restoran Wau mampu memuatkan kapasiti 200 pelanggan dalam satu-satu masa. Dibantu 35 pekerja yang memulakan operasi seawal tujuh pagi sehingga 1 pagi, penampilan baju T putih dan rekaan huruf wau berwarna hijau jelas mempamerkan kebersihan amat dititikberatkan di restoran ini.

Rekaan dalaman restoran yang serba putih di bahagian dinding, lantai dan syiling dengan pemilihan mar mar berkilat cantik . Perabot dibawa khas dari Bali, Indonesia menumpukan rekaan kerusi santai dan meja yang juga berwarna putih. Bentuk meja bulat dan empat segi disusun atur berselang seli bagi mengurangkan kebosanan terutama pelanggan tetap . Cermin-cermin besar di dinding menambah luas dan polos pandangan pelanggan. Gantungan lampu-lampu bulat memenuhi syiling juga menambah eksklusif restoran namun bayaran yang dikenakan amat berpadanan.


 Pada awalnya , restoran Wau ini menghidangkan makanan berasaskan roti , seperti roti canai, roti tempayan , capati , roti nan, roti tisu dan lain -lain. Disebabkan sambutan tidak tertumpu kepada roti sahaja, tambahan menu dibuat dari hari ke hari menjadikan 200 menu kesemuanya.
Menu masakan panas paling digemari adalah hidangan Siam yang menawarkan tomyam putih, siakap tiga rasa, kerabu mangga, kailan ikan masin. Pelanggan juga boleh memesan pelbagai jenis mi dan pilihan selalunya mee kungfu yang dihidangkan dengan makanan laut dan sayur-sayuran segar. Nasi goreng wau menjadi keistimewaan menu di sini.
Hidangan Barat juga sering dipilih pengunjung dan selera terbuka dengan keenakan chicken chop, fish and chip, daging kambing bersalut sos, spagetti sos tomato, sandwich tuna keju, sup daging ketam yang dimakan dengan roti bawang putih. Selain itu juga para pelanggan juga boleh menikmati keenakan kek tiramisu, kek keju, coklat atau bluebery sebagai pemanis mulut di samping buah-buahan berjus dan ais ''blended''.

Namun begitu terdapat kekurangan pada Restoran Wau seperti servis yang lambat. Hal ini dapat dibuktikan melalui luahan para pelanggan yang merungut tentang makanan yang di pesan oleh mereka lambat sampai. Disamping itu juga, Restoran Wau turut mempunyai masalah tentang lalat dan ini telah menjadi masalah kepada Restoran Wau.

Rujukan







No comments:

Post a Comment